Friday, 14 December 2012

Saya Redha ..


Saya .. teringat..
seseorang pernah berkata ....
jodoh kita nanti persis seperti kita..
wajahnya perangainya..tingkah lakunya...

Dan..

pabila kita melihat dirinya
kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya ..

Kuat sungguh hati saya kata..

awak adalah jodoh saya ..
tapi jawapan di tangan ALLAH ..

Saya redha ..

sungguh, saya redha dalam penantian ini .. 



JANGAN BACA JE.. LIKE DAN KOMEN SEKALI YE :p

Monday, 1 October 2012

ISTIQARAH CINTA ..


 ASSALAMUALAIKUM....
Bismillahirrahmanirrahim..

Diatas Sejadah cintaku malam ini,
aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahasia mu Ya ALLAH atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku,
istikharah mencari jawapan tuk menggapai redhaMu..

Dalam doa kubersimpuh pasrah,
memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi Hidayah..

Bila jawapan itu masih tergantung di dada langit,
maka turunkanlah..
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi,
maka keluarkanlah,
bila jawapan itu sulit untuk kuraih,
maka mudahkanlah,
bila jawapan itu masih jauh,
maka dekatkanlah..

Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam,dalam tatih meniti Pintu Cahaya,
aku di sini, bersimpuh tuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilih kan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat..

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia,
Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami,
Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,
ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah,
hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada
fitrah seorang manusia yang memerlukan teman,
memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga..

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjerumus ke dalam kemaksiatan.
Ya Allah, jika masanya telah tiba,
jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah,
terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah,
maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah.
Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah,
jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah,
maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah.
Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh..
ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah. 

Hanya padaMu saja tempat ku memohon petunjuk..
Berikanlah apa yang terbaik untukku di dunia dan akhirat,
Dan berikanlah hambaMu ini KEBAHAGIAAN yang Berpanjangan..
Amin ya Rahman..Amin ya Rahim..Amin ya Rabbal Alamin..

:')


JANGAN BACA JE.. LIKE DAN KOMEN SEKALI YE :p

Wednesday, 30 May 2012

Manusia yang suka "Condemn"




Assalamualaikum.. 

Ok, saya nak kongsi sesuatu dengan anda semua ..  tadi saya meneroka lg, saya terjumpa satu blog nih .. tertarik dengan apa yg dia tulis, pasal sikap manusia yg suka "condemn" orang lain.  saya sangat tertarik dengan cerita yg disampaikan, saya rasa macam ditarik2 untuk berkongsi dengan anda semua ..  haha :)  check it out .. 





"Entri kali ni berkenaan dengan segelintir masyarakat Malaysia yang suka menuding jari and menghukum orang lain. Fenomena ni actually da selalu berlaku. tak kesah la lelaki ke, perempuan ker, blogger ke, bukan blogger ke, tua or muda. semua nye same je when it comes to "menghukum orang tanpa usul periksa". Im not saying that semua orang same and ade sifat macam ni tapi kebanyakan nye and aku pun ade jugak sikap macam mane. Tapi, bergantung kepada keaadaan la kan? kalau korang tak kenal pun orang tu, tetibe je kawan korang cakap buruk pasal die. korang pun terus mengiyakan dan menghukum. kan tak patut macam tu. kawan korang tu tak semesti nye betul kan? So, tanpa membuang masa, mari aku himpunkan beberapa situasi yang selalu nye terjadi yang membawa kepada "sifat menghukum"


situasi 1 :



"Seorang perempuan mengenakan baju baby T dan berlegging serta tidak bertudung di dalam gambar nya yang di upload di facebook. Seorang manusia menegur nya di facebook dengan niat ingin berkenalan. maka bermula conversation seperti di bawah : "


Manusia : hye. nak kenal bole?
Perempuan : hye
Manusia : cantik gambar u. study lg ker?
Perempuan : Study lg.
Manusia : Dekat mane?
Perempuan : Kolej Islam Bakti.
Manusia : u budak kolej islam? macam ni ke cara budak kolej islam berpakaian?
Perempuan : knp? tak bole ker? kalau i belajar kat kolej menjahit takpe la pakai macam ni?
Manusia : yela sebab tu bukan kolej islam. Baik u tak payah belajar kat situ kalau macam ni la cara u berpakaian.



Situasi 2 :



"Perempuan yang tadi nya tidak bertudung, melayari youtube dan terjumpa blog "shawl tutorial". Secara tiba - tiba, dia terasa untuk mula bertudung. Dia mula berniat untuk menutup aurat setelah terlihat tutorial tersebut. Maka, dia terus ke jalan masjid india dan membeli shawl. setelah mengenakan shawl tersebut. Dia terus snap picture and upload ke facebook. biasa la, lumrah perempuan kan camwhore-ing ni. Manusia yang sound die tadi tu pun chat balik ngan die bile terlihat picture tersebut : "

  

Manusia : eh? Da bertudung?
Perempuan : yup.! :)
Manusia : Bagus la.
Perempuan : Terima kasih.
Manusia : Tapi tak gune jugak u bertudung.
Perempuan : Huh?kenapa pulak?
Manusia : Yela. u bertudung. Tapi dada tak bertutup. baju ketat. same je macam u tak bertudung. kalau u pakai tudung sebab nak berfesyen je tak payah la u. buat dosa je.


Situasi 3:


"Perempuan tersebut tersedar dengan kesilapannya dan berazam untuk berubah. Dia mula menukar niat nya untuk menutup aurat kerana Allah. Dia mula bertudung labuh dan berjubah. Dia tidak lagi berpakaian ketat dan menampak kan bahagian dada. Dia pun menjadikan gambar nya bertudung labuh bersama - sama kawan nya yang tidak bertudung sebagai profile picture nya di facebook. Manusia tadi terlihat gambar tersebut lantas menghantar komen kepada perempuan tersebut : "




Manusia : Bertudung labuh sekarang. bagus la da berubah.

Perempuan : Alhamdulillah.
Manusia : Tapi kalau setakat menutup aurat je tak gune kalau solat semua tak buat. dalam gambar tu i tengok kawan - kawan u tak tutup aurat pun.
Perempuan : Mane u tau i tak solat semua? jangan nak menghukum tanpa usul periksa. memang kawan - kawan i tak bertudung. kenapa?
Manusia : Alaa. u tak payah nak bajet alim la. baru pakai tudung labuh dah nak poyo kat sini. u tu dulu pun bukan baik sangat. kalau betul u da berubah, u da tak kawan da ngan kawan - kawan u dalam gambar tu.




ok .. sekarang mari kita tengok penerangannya tentang sifat2 manusia tersebut: 



Situasi 1 :



Si manusia single minded. Cara dia fikir tu memang aku tak boleh terima. Dia pertikaikan pasal pemakaian perempuan tu. yes! memang perempuan tu tak tutup aurat. tapi kan at first die tak kesah pun. then, bile tau perempuan tu belajar dekat kolej islam, mula la nak cakap macam tu. bagus la dia nak tegur tapi bile dier judge people through tempat study tu yang tak bole blah. cara die tu macam, kalau kau nak pakai sexy study kt kolej menjahit.kalau study kat kolej islam kene cover serba serbi. hey hey, kalau nak cover aurah, kau study kat mane - mane pun kene. pokok pangkal nye depends on individuals. tapi memang la orang cakap, kalau kite study dekat kolej islam contoh nya, tiba - tiba pakai skirt paras lutut. memang la orang pertikai kan. but u guys kene la pikir. bukan semua yang study dekat kolej swasta tu sosial and bukan jugak semua yang study kat kolej islam tu alim. Diorang study dekat sane sebab diorang di offer belajar dekat sane and universiti yang meng-offer diorang tu pun bukan la check perangai sorang - sorang. kalau macam tu jenuh la. So, kalau jangan la simply nak accuse macam tu kan? :)


Situasi 2:


Si manusia yang suka condemn orang lain. Perempuan tu da kire okay la kan nak berubah. well, memang la aurat die tak tutup dengan sempurna and maybe niat awal die nak berfashion which is memang salah la kan. But at least she is trying to change dude. Bukan sepatut nya korang support die ker? bagi kate - kate semangat, then, if nak tegur pun tegur elok - elok. Macam "Sis, your clothes tu macam menampakkan bentuk badan la. tak manis orang pandang. why dont, u wear something yang loosen sket? baru nampak cantik n kene dengan u. btw, u look better in tudung. keep it up. ok? n i hope u teruskan pakai tudung and bukan sekadar fashion je. i will always support u. : )". haa! kan bagus kalau tegur macam tu. Cuba kalau teguran tu selitkan sket dengan puji - pujian. Perempuan ni da la suke di puji. So, lame - lame dier bole terima dengan teguran macam tu. then, die akan berubah sedikit demi sedikit la. Ni tak, budak tu baru nak berubah tetibe da kene condemn dengan korang. Kalau yang mane jenis tabah tu maybe la bole terima. yang mane jenis hati fragile tu, kene condemn sket terus tak nak berubah macam mane? Common la. Bukan semua orang bole drastically change. Biar la dia berubah sedikit demi sedikit. As long as dia ade niat untuk mengubah diri dia untuk menjadi lebih baik da cukup baik la tu kan?so, kene la berpikir sebelum nak condemn orang. :)

Situasi 3 :


Si manusia yang suke mengaibkan orang lain. Untuk kes macam ni, aku akan cakap diorang ni takde modal. yela. mula - mula diorang pertikaikan tentang cara dia berpakaian tidak sesuai dengan tempat belajar. Then, bila perempuan tu start bertudung walaupun tak proper, kau condemn cara pemakaian dia konon nya cara pemakaian tu same je macam tak tutup aurat. Then, kau mula memanupulated kan perkataan dosa. Sekarang, bila perempuan tu da bertutup litup. Da jadi muslimah sejati dan takde cacat cela dalam pemakaian dia, kau bringing out kisah lampau dia pulak. Past is past la kan. kenapa nak kene aibkan dia? Tak semesti nya orang jahat tak boleh berubah kan? Tapi ini la masyarakat kita. Bila seseorang yang dulu nya perangai agak - agak jahat then suddenly berubah, mula cakap orang tu ade hidden agenda la, orang tu saje nak tunjuk baik la and blah blah blah. padahal, orang tu memang da terbuka pintu hati nya untuk berubah. why dun kite nie sepatut nye bersyukur sebab orang yang jahat da berubah menjadi baik. dan bukan ke kite sepatut me-muhasabah diri kita dan mengikut jejak langkah mereka untuk menjadi lebih baik daripada hari ini?


 So, to 3 jenis manusia di atas, kalau korang rase macam nie, " Alaa.. kalau tegur elok - elok bukan nye nak dengar. orang macam nie baek sound je, baru reti bahasa.' Well, korang sangat silap besar. sebab korang sepatut nyer menegur dengan cara macam nie :

  • Tegur dengan cara paling baik and waktu paling tepat.
  • Jalinkan kecintaan dengan ketaatan. Jalinkan kepercayaan sebelum memberikan nasihat.
  • Carilah medium yang terbaik dalam memberikan teguran.
  • Cari masa yang sesuai dan tenang.
  •  Anggap dia seperti adik,anak atau diri sendiri.
  • Jangan menegur dalam keadaan beremosi. 
And korang tau tak, actually kite kene menegur dengan cara yang berhemah dan perkara ini ada di sebut dalam firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 :

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." 

Actually, semua yang kat atas tu aku dapat dari iluvislam. Aku tak reti nak explain. So, for better understanding, sila click link kat bawah nie :


Well, post kat atas tu nampak macam bias sket kan? but actually aku guna situasi - situasi tersebut sebab ni la situasi paling banyak di alami tanpa sedar actually. Aku pun tak terkecuali jugak. Maksud aku, aku pun pernah jugak jadi 3 jenis manusia dia atas. Kira aku post entri ni untuk mengingatkan diri aku sendiri jugak. So, mari lah kite berubah bersame - same ke arah kebaikan. :)"


Haa, punya la banyak kan tuan punya blog tu explain? well .. ni kata saya sendiri.. mulut tu jangan 'puaka' sangat.. tak kisah la apa pun perangai seseorang tu, macam mana pun kelakuan seseorang tu, kita jangan asyik nak condemn orang lain..  macam yang saya dah pernah post dalam entry sebelum ni, sapa la kita nak memandang orang dengan pandangan laknat? Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat.  

"Sekali kita mengaibkan orang, ALLAH akan mengaibkan kita juga. Dan sekiranya kita menutup aib orang lain, ALLAH akan 10 kali menutup aib kita." 





JANGAN BACA JE.. LIKE DAN KOMEN SEKALI YE :p

Untuk Insan Bergelar LELAKI :)


Saya suka meneroka, bila bosan study, mula la nak meneroka sana sini.. tp selalunya saya meneroka untuk benda2 yang bermanfaat.. kecuali "facebook", hehe .. 
err.. actually facebook tu ada jugak manfaatnya, tp melalaikan.. betul, jujur.. facebook kadang2 mampu melalaikan saya.. tapi saya still jugak nak bukak sebab dah takda keja nak buat, or dah tak larat nak study.. Lagipun, buat apa bayar duit wifi tiap2 bulan kalau tak guna kan.. ? ;)

tapi selalu jugak saya mencari benda2, or kata2 yang mampu memotivasikan diri sendiri .. kita belajar kan, belajar bukan sekadar tengok or baca buku semata2 .. banyak cara kita boleh belajar.. tambah2 zaman dah moden sekarang.. belajar dengan hanya menggunakan hujung jari ja.. 'click' ! :)

Macam mana pun, jangan berhenti belajar .. orang cakap, when you stop learning, you stop leading. Apabila kita berhenti belajar, kita berhenti memimpin.  Setiap daripada kita adalah pemimpin, at least pemimpin diri kita sendiri. LEADERS ARE LEARNERS.. pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar .. 

jadi masa tengah meneroka mencari ilmu tadi, saya jumpa kata2 ni .. Lelaki, sila take note. ^_^






p/s :

Seorang lelaki yang mempunyai isteri yang "kurang solehah" lalu mendidiknya dengan acuan yang ditetapkan Allah dan Rasul, sebenarnya dia sedang berjihad  :)

source: Tumblr





JANGAN BACA JE.. LIKE DAN KOMEN SEKALI YE :p

Tuesday, 29 May 2012

Memandang dengan pandangan rahmat.

Hari ini dia mungkin penzina,
esok lusa dia mungkin ‘abidah mukhlisah ilallahi ta’ala.

Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Harii ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, syirik kepadaNya, kufur kepadaNya,
esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepadaNya, memperjuangkan hak-hakNya, kala mereka yang telah Islam semenjak lahir dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya.

Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu.
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada manusia, saat kita pula tidak dapat menembusi jiwanya?
Saat kita pula tidak bersamanya 24 jam sentiasa hingga kita mungkin terlepas banyak kebaikannya yang lain.

Tugas kita bukan me’neraka’kan orang.
Itu urusan Allah SWT. Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki.

Tugas kita, adalah mengajak manusia ke jalanNya.
Bukan menjahanamkan mereka.

Pandanganlah dengan pandangan rahmat.
Alangkan Allah Yang Maha Berkuasa itu,
tidak pula mengazab Firaun, Namrud, Haman, Qarun, Kaum ‘Ad, Kaum Thamud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain, tanpa menghantarkan kepada mereka para Rasul memberikan peringatan, yang rata-rata bukan sehari dua penyampaian peringatan mereka kepada manusia seperti itu.

Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat.

Siapakah kita?

Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepadaNya,
ketahuilah bahawa esok lusa, mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintahNya.
Bukan mustahil.
Dan sentiasalah berjaga-jaga.



-hilalasyraf-

JANGAN BACA JE.. LIKE DAN KOMEN SEKALI YE :p

Monday, 28 May 2012

.. ToUgH mUsLiMaH ..

I
“Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.


Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.


Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.

Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.


Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,

Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah, 
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.


Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhianati kepercayaan kamu.”


 (via tersenyum-melihat-langit)

JANGAN BACA JE.. LIKE DAN KOMEN SEKALI YE :p

Hidup Tak Selalunya Indah, Tak Selalu Ada Pelangi

Bismillahirrahmannirrahim.


Selalu, bila diuji, bila diduga,kita bertanya, ya Allah, mengapa aku?
ya Allah, kenapa jadi macam ni, dekat aku.
ya Allah, kenapa aku dapat takdir yang macam ni.
rasa dalam hati, sesak dan sebak.hati terasa dihimpit batu besar yang berat.
ya Allah, bukan aku tak redha….tapi, kenapa selalu aku tak mendapat apa yang aku ingin.
mengapa selalu benar aku diuji.mengapa aku tak dapat itu, tetapi dapat ini?
itulah rintih hati?
ya Allah.manusia, itulah lumrah.
memang begitu, bila tak dapat apa yang diingini, kita bertanya, mengapa DIA tak beri.
bila begitu banyak catatan, ayat, bahkan penulisan masih tak mampu menyembuh luka dihati, maka mungkin tiba masanya kita muhasabah diri dari sisi yang lain.
Ya Allah, kenapa aku dapat ini?
Ya Allah, aku selalu berdosa, tapi mengapa masih KAU berikan kasih sayang-MU padaku?
Ya Allah, aku selalu melupakan-MU, tapi masih KAU berikan aku pelbagai nikmat, sedang selalu benar, aku ingikari-MU.
ya Allah, terlalu banyak yang KAU beri, tapi, terlalu sedikit yang aku syukuri.
ya Allah, terlalu banyak yang KAU izinkan aku miliki, tapi terlalu sedikit sebenarnya yang layak aku miliki.
pernah? pernah duduk, istighfar dan renungi diri.
banyak, terlalu banyak yang kita tak minta Allah beri.
banyak, terlalu banyak, yang kita tak patut dan tak layak dapat,
tapi Allah anugerahkan, Allah berikan, dan izinkan kita rasakan nikmat-NYA.
masih tak rasakah, betapa besar dan luasnya kasih sayang Allah? ;’(
ya Allah, kerasnya hatiku..sudahlah, pujuk hati.
redhalah.mungkin, mungkin banyak yang kita nak, tapi tidak kita miliki,kita mintak, kita mohon tapi Allah tak beri.
tapi, sebenarnya, dalam tak sedar, lebih banyak, yang kita tak patut dapat, tak layak miliki, Allah berikan, Allah izinkan kita miliki.
selalu benar, kita tanya Allah, tentang perkara yang kita tak sukai, tapi tak pernah kita persoal diri tentang perkara yang terlalu banyak kita miliki padahal, kalau dilihat pada akhlak dan amal kita, tiada apa pun yang berhak kita miliki.
sabarlah, DIA masih sayang kita, walaupun, bukan dengan memberi apa yang kita mohon.
jangan melihat kekurangan, tapi hargailah kenikmatan.
bila ingin bertanya ALLAH tentang kesulitan dan kesusahan,tanyalah juga tentang nikmat dan kesenangan!




Source : Tumblr
JANGAN BACA JE.. LIKE DAN KOMEN SEKALI YE :p